Kilang Memproses Sawit

image

Pemperosesan kelapa sawit adalah merupakan aktiviti perniagaan utama syarikat melalui Kilang Sawit yang terletak di Batu 12, Jalan Bidor, Teluk Intan, Perak. Kilang ini mempunyai kapasiti memproses sebanyak 30 mt/jam dan unjuran memproses sebanyak 180,000 mt BTS setahun.

Kilang ini telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 daripada Moody International Certification pada tahun 2006 dan masih kekal sehingga kini.

Objektif utama kilang adalah untuk memproses BTS yang dihasilkan oleh ladang-ladang milik peserta-peserta Felcra Berhad yang berhampiran, Estate milik Felcra Berhad, pekebub-pekebun kecil yang berhampiran dan juga pembekal-pembekal luar yang berhampiran.

Pada tahun 2009, kilang ini telah memproses sebanyak 50.29% BTS daripada ladang-ladang Felcra Berhad dan 49.71% daripada pekebun kecil dan pembekal-pembekal luar berhampiran.

Kembali